Hospital oh Hospital

image

image

My pray for Zura. Get well soon, dear.

Advertisements

Jerebu oh Jerebu

image

Ahad lepas memacam tempat aku pergi sebenarnya. Bila balik rumah memang penat ya amat rasanya. Dengan cuaca yang panas berjerebunya. Gambar kat atas tu di Putrajaya. Teruk jerebunya. Macam berkabus je rasa. Kalau nak feeling-feeling kekunun sejuk berkabus boleh le amik gambar dalam keaadaan berjerebu teruk sekarang ni. Ngeeee

 

image

Bila sampai di KLIA, keadaan masih sama. Jerebu teruk. Aku terfikir, macamana le agaknya kapal terbang ni nak landing dan berlepas. Nampak ke jalan? 

 

image


image

Keadaan di KLIA tak sesak macam hari sebelumnya. Kalau awal sikit mungkin sempat berselisih dengan Pak Lah yang buat sembahyang hajat di Anjung Tinjau, KLIA. Wartawan masih ada yang berkeliaran di sini. Di hotel Sama Sama, banyak kereta yangparking di depan hotel. Malah van/lori RTM je ada 3 kalau tak silap aku.

Yang ramai di KLIA masa ni orang nak pergi umrah. Memacam color beg ada. *sibuk je tengok beg orang. hehehehe*


image

Sementara nak tunggu waktu berlepas bro, kitaorang lepak di Kopi Time. Aku makan ni je. Sandwichnya taklah sedap sangat. Tapi habis jugak le aku makan. Nasib baik aku suruh dia panaskan so sedap le sikit rasanya. Kalau sejuk, sah tak habis gaks.

 

 

prayforMH370

Cameron Highlands

Semalam tanpa dirancang aku ke Cameron Highlands.  Dah le dari pagi hujan namun disebabkan dah memang merancang nak keluar dengan R maka teruskan juga rancangan. Dia sampai rumah mum dah agak lewat sebabnya siap bersarapan di rumah kakaknya. Lepas potong kek sempena hari lahir dia pada 28 mac hari tu, kami pun bergerak.

Happy besday to you 🙂

Sebenarnya masa masuk ke dalam kereta tu dia masih tanya aku nak kemana. Pasti ke nak ke Cameron, Aku cakap okay je. Kalau dia tak larat nak memandu aku boleh je memandu pergi dan balik dari Cameron tu.

Jadinya selepas memilih lokasi (masa tu dah di hiway Latar) kami pun teruslah ke Cameron. Sepanjang perjalanan cuaca redup sahaja. Aku pula memang le rasa ala mengantuk sebabnya tak cukup tidur malam sebelumnya. eRrr bila masa pun aku pernah cukup tido pun kan?

Masa sampai di Simpang Pulai, nampak langit dah mulai gelap. Aku cuak je kalau hujan lebat. Yelah kalau hujan lebat macamana nak berjalan ke sana sini. Masa sampai kat atas, dah mula hujan rintik2. Tapi gagah juga jalan sana sini. Dan satu lagi masalah aku, cuaca sejuk sangat aku akan mula rasa gatal2. Disebabkan  tak tahu nak buat apa maka tahan sahaja.

Aku memang tak tahu nak beli apa pun. Jadinya masa di pasar Cameron aku belikan mum sayur2 je.  Itu pun aku dah mula macam nak angin. Biasalah bila lapar mulalah nak buat perangai ala budak kecik kan? bongoks ya amat.

Disebabkan kunun nak jumpa adek kat Ipoh maka aku kata makan kat Ipoh je la.  Kesian dia lapar gaks kan? *gelak ala syaiton* Disebabkan nak turun awal maka pergi ke next kedai sebab dia nak belikan mum bunga. Sedangkan kat pasar tu ada je bunga tapi dia sibuk nak gubah ala sejambak. Aku pula yang bosan menunggu. Habis semua kedai aku merayap. Tapi tetap tak beli apa pun. Cuma beli bunga untuk kubur ayah aku 🙂

Masa otw turun call adek tapi disebabkan R kata dia datang sorang, adek kata bf dia tak bagi keluar. oh sampai macam tu sekali yea? Sedangkan R siap cakap nak ambil member perempuan di Ipoh dan jumpa dia. Disebabkan mood aku pun tak berapa betul maka aku kata tak payah le pergi Ipoh. Terus je balik KL.

Kami makan di di Simpang Pulai je. Yelah memasing dah ala kebuluran.  Masa makan tu sibuk juga bergossip dengan lil’sis thru BBM. Yelah ada cerita makcik/sepupu yang agak membuatkan kami geram.  Lepas tu aku sibuk laks bercerita dengan R.

Masa dalam perjalanan balik ke KL baru le call adek semula. Baru dia tahu aku ada sama tapi yelah dah macam TERlambat la kan?  Masa dah hampir dengan Slim River, lil’sis bbm ajak berboling. Nasib le dah dekat kan. sampai rumah keluarkan barang2 dan bawak mum sekali ke Megalanes.  Tapi tak boleh juga nak berboling sebab ada pertandingan dan orang2 tu datang lambat maka lambatlah habisnya.

Haagen Dazs

 

Jumaat lepas akhirnya aku dapat gaks makan aiskrim yang telah sekian lama menjadi idaman. *eerr ayat poyo tak hengat* Mulanya aku taklah bercadang nak pergi hari Jumaat tu. Sebab selalunya Jumaat adalah hari jem yang tak hengat. Macam entah dari mana kenderaan tu datang. Dan kesabaran aku bukanlah banyak sangat kalau bab jem-jem ni. Tapi disebabkan tiba-tiba yFir kata okay nak ke Midvalley, aku pun pergi le jugak. Kalau dia tak kata okay memang aku akan balik rumah je terus. Tak pun aku pergi Baskin Robbin kat Leisure Mall je.

Kebetulan dari opis ke Midvalley perjalanan sangat lancar. Kecuali masa aku u-turn di TM, jem skit. Tapi masih boleh sampai 6.30 petang di Midvalley. Dan kebetulan hari tu pun senang je aku dapat parking. Dan yang penting tak jauh dari eskalator. Ye, aku kalau boleh biar parking betul-betul depan pintu masuk tu. Kes malas nak berjalan. Tapi kalau berjalan dalam shopping kompleks okay je le plaks.

Masa aku sampai yFir masih di opis. Dan aku dah bayangkan pastinya akan berjam untuk sampai ke Midvalley. Sementara menunggu aku “melawat” hampir setiap kedai yang ada di Midvalley tu. Tapi disebabkan mood shopping tak ada, maka acara melawat tu agak tidak memberangsangkan. Jadi agak bosan. Dan akhirnya aku habiskan masa dalam MPH. Tak beli apa-apa juga sebab dah janji dengan yFir takkan beli buku dalam masa terdekat ni. eh eh tapi rasanya hari tu dapat kelulusan nak beli buku Badai Semalam kan kan kan. ngEeEe~

BB aku pun masa yFir sampai tu la nak buat hal. Siap boleh hang. Aku langsung tak boleh nak tekan button yes pun. Malah touch skrin pun macam tak berfungsi. Damn! Sungguh menguji kesabaran. Dah le menunggu lama. Itupun dah boleh pecah rekod. Sebab selalunya aku tunggu orang dalam masa setengah jam je. Kalau tiada khabar berita memang aku balik. Tak kira le bf ke tidak.

Memandangkan masing-masing penat, sorang penat menunggu, sorang lagi penat memandu, maka awal tu memang agak tegang. Aku rasa nak nagis pun ada. Yelah aku paling tak suka kalau bab makan nak kena marah. Walaupun tak marah teruk tapi kalau nada berbeza pun dah ala-ala syahdu. *entah bila jadi penyedih sangat ntah. bengong!*

Tapi bila dapat je aiskrim terus rasa gembira. *dasar macam kanak-kanak kan* Walaupun masih batuk dan boleh katakan setiap suapan tu aku nak batuk tapi demi aiskrim aku cuba tahan juga. Nasib 2 skop je. Kalau banyak sah aku akan batuk tak berhenti-henti.

Ps: tapi rasa macam tak puas laks makan HD. nak lagi pls 🙂

Aku dan Kedah

Tetiba tadi aku rindu kat budak tembam ni, Hasya Sofea. Bukan anak aku dan juga bukan anak saudara aku yang betul. Cuma anak sedara seIslam je. Lagipun bobok yang bahasakan hasya sebagai anak sedara aku. *sweetkan? tak sweet pun aku peduli apa*

Dan disebabkan dia gaks aku teringat yang dah berabad aku tidak ke Kedah. Kalau dulu setiap tahun, malah setahun 2-3 kali ke Kedah. Sampaikan ada yang fikir aku memang orang Kedah. Dan bila aku kata aku asal Selangor/KL, serta merta kena cop lupa daratan. Maka disebabkan tak nak kena cop macam tu, aku mengaku je aku orang Kedah. Habis cerita kan. Orang-orang yang tanya pun akan senang hati je. Tanpa perlu nak rasa geram atau meloyakan tekak dengan ayat aku yang asal dari Selangor.

Tapi kadang tu aku muskil gaks macamana dorang ni boleh percaya. Sedangkan bahasa Utara aku memang huru-hara. Kadang-kadang akan kedengaran ala siam, kadang tu rasanya macam budak baru belajar. Tapi aku ni ibarat kunun-kunun boleh je mengadaptasikan semua bahasa, jadinya aku gagah juga bercakap walaupun kekadang memang bunyinya pelik.

Macamana aku boleh TERmelekat dengan Kedah? Ada bf Kedah ke? Oh tidak. Seingat aku tidak pernah pun ada bf dari negeri Kedah. Gamak orang Kedah memang tak pernah minat aku kutz. Pelik sangat budak ni agaknya pada pandangan mata dorang. *aku saja je tambah. hahahahaha*

Semua bermula dari MiRC. Masa tu baru nak berkecimpung dalam dunia maya. Memang bodoh gila le rasanya. Selalunya memang orang-orang baru akan masuk #kampung, #mamak dan aku pun turut sama menyibuk. Tapi aku rasa rimas sebab ramai sangat. Dan kemudian aku masuk semua cenel negeri. Dan situlah bermulanya aku dan Kedah. Masa undernet ada masalah, aku berpindah ke dalnet dan webnet, aku masih juga masuk #Kedah.

Masa awal-awal melepak kat #Kedah tu aku memang kelabu-asap nak paham apa dorang sembangkan. kalau 100 perkataan, aku rasa 50 je yang aku paham. Tapi disebabkan gigih dan aku rasa seronok, lama-lama aku boleh paham. Malah kalau setakat nak menaip loghat utara tu, ibarat makan kacang. eRrr kenapa kacang eks? Aku bukan suka kacang pun.

Bila bersembang ditengah laman cenel, maka ketangkasan menaip dan mata untuk membaca adalah sangat diperlukan. Dan aku rasa aku blaja menaip laju-laju pun sebab MiRC. Terima kasih MiRC. Tengok ada kebaikkan juga kan? hehehehe. Dan paling best bila menaip dalam bahasa English tapi dengan ejaan Melayu. Yang tu sampai sekarang pun aku memang gagal banyak. *dasar otak lembab bab nak menukarkan lelaju. bab lain laju je*

Selalunya kalau rasa nak melepak-mengilai-ala-pontianak sampai subuh, aku akan sewa bilik hotel je. Sebabnya kalau duduk rumah kawan baik aku, takkan nak balik rumah jam 4 pagi. Sungguh kekurangan ajaran le kan bunyinya. Tapi bila sewa bilik hotel pun rasa macam membazir. Sebab selalunya aku akan tidur dalam 2-3 jam je ataupun slalunya memang tak tidur. Bayar untuk letak beg dan mandi je.

Masa tu kalau tahu aku nak “balik” Kedah, masing-masing mulalah sibuk nak buat gath-haram. Terasa macam artis laks kan. hahahahah *ayat poyo tak hengat* Kalau rasa tak nak jumpa ramai orang, aku akan contact 2-3 orang termasuk siapa perlu jadi driver aku. Maka dicenel tidak akan diwar-warkan sama sekali. Tapi kalau rasa macam suka-suka, maka akan bersembang ditengah lama cenel. Jadinya orang akan tahulah bila aku akan ke sana. Selalunya aktiviti aku memang padat. Memang takkan duduk diam-diam kat bilik hotel atau rumah kawan baik aku tu. Dan pastinya kawan baik aku tu akan ikut sama.

Sampai pernah juga ada yang macam cemburu. Kenapa bila aku nak “balik” Kedah je semua orang macam sibuk nak jumpa. Sedangkan dorang yang duduk sana, macam tak berapa nak jumpa. Selalunya bab dengki-dengki ni perempuan la. Ntah apa-apa. *Itulah kan sapa suwuh ko tak glam. Ngeeeee*

Aku pernah sambut besday kat Kedah. KFC dekat stadium tu. Yang bestnya ada orang sponsor dan satu cenel di jemput. Meriah. Walaupun sebahagiannya aku tak kenal pun. Dorang je la yang kenal aku. Yelah aku kan agak ganas. Kekadang tu macam loving sangat. Tapi kalau aku start marah dalam cenel, op2 yang ada akan duduk diam. Sebabnya dorang tahu kalau menyampuk sama, kang dorang sekali kena sama. Lagipun masa tu yang tahap kecekapan menaip aku akan bertambah. Dan tak payah le orang tu nak berlawan ayat sangat dengan aku. Kalau setakat nak guna F words, jawapnya orang tu yang akan nyesal. Dan disebabkan sambut besday kat KFC tu, masa kat airport nak balik KL, ada staff MAS tegur aku “eh you yang sambut besday kat KFC semalam ye?” Aku angguk je la sambil senyum malu. Yelah malu okay. Sebabnya dia bukan chatter pun. Cuma kebetulan dia pergi KFC tu semalam.

Eh aku sebenarnya nak cerita pasal daddy Hasya. Ini dah melalut entah kemana ntah.

ps: nantilah aku buat entry lain laks. penat dah menaip ni 🙂

Cun vs Kedah

Semalam disebabkan kebosanan yang amat sangat aku menonton cerita Cun. Ianya dibintangi oleh Maya Karin dan jua Remy Ishak. Aku tak paham kenapa ramai yang kata Remy Ishak itu kacak dan segala macam pujian lagi. Bagi aku, dia biasa sahaja. Tapi kalau nak katakan dia sebagai lelaki melayu tulen, boleh! Atau adakah aku cuba katakan Remy itu nampak gaya kampung? Oppsssss. Ini kalau peminat-peminat Remy dengar sudah pasti akan ditempelak dengan sehabis-habisnya.

Menonton cerita Cun membuatkan aku teringat satu masa dulu aku juga suka ke Kedah. Bila ada masalah aku akan menghabiskan cuti di Kedah. Dan kadang itu aku akan buat kerja gila terbang ke Langkawi. Bukanlah aku superman boleh terbang sesuka hati tapi terbang yang aku maksudkan ialah menaiki kapal terbang. Ok masih juga ada perkataan terbang. Dan Langkawi juga masih juga di dalam negeri Kedah.

Bukan sebab aku ada teman lelaki di Kedah. Oh tidak! Tapi aku sukakan suasananya. Aku ada keluarga angkat di sana. Rumahnya dikelilingi sawah padi. Tapi bertahun-tahun aku ke sana, sekali pun tidak pernah jejak kaki sawah padi. Tengok je dari jauh. Lagipun keluarga angkat aku sendiri tidak menggalakkannya. Kata mereka, orang KL mana pergi sawah. Alehai terbantut terus niat aku. Sebabnya kalau nak pergi sendiri aku takut. Nanti kalau lintah panjat anggota badan aku, sapa laks nak tolong buangkan. Ok, aku memang suka imaginasi terlebih kekadang tu hehehehe.

Bila pergi ketika bulan puasa, adalah saat yang mengujakan aku. Maklumlah dah le makanannya murah-murah, macam-macam jenis pulak tu. Dan aku selalu diingatkan oleh kekawan aku supaya tidak membeli terlalu banyak. Tapi aku memang selalu beli terlebih pun. Lepas tu kena paksa makan sebab tak habis. Aku rasa sikit je, yang lebihnya memang akan dibazirkan begitu sahaja. Kadang-kadang ada juga dorang tolong habiskan.

Disebabkan selalu sangat ke Kedah dan juga hampir setiap hari berinteraksi dengan orang-orang Kedah, baik menerusi telefon mahupun dunia maya, sampaikan aku fasih berbahasa Utara. Cuma kadang-kadang aku bercakap ada slang Kedah-Siam.

Dan disebabkan slang Kedah-Siam tu kekawan aku selalu takutkan aku. Katanya kalau aku ke Bukit Kayu Hitam nanti kastam tahan tak bagi masuk sebab fikirkan aku siam. Ampes.com betul. Lepas tu katanya orang Siam je suka blonde. Masa tu nak je aku pijak-pijak dorang. Aku selalu merengek-rengek nak ikut dorang pergi danok tapi memang tak pernah sekali pun dibawa. Yelah tempat itu lebih kepada syurga lelaki sudah pasti tidak sesuai untuk perempuan.

Bila bersembang di dunia maya kalau aku mengaku aku orang KL/Selangor sudah pasti akan ditempelak, kacang lupakan kulit atau kata mereka, aku lupa asal usul. Bila sudah selalu sangat, aku mengaku je aku orang Kedah. Tapi yang susahnya sibuk pulak dorang tanya bila nak balik ke Kedah. Yang mana rapat dengan aku memang tahu aku bukan asal Kedah tapi yang tak berapa rapat memang fikir aku orang Kedah.

Namun semua itu tinggal kenangan. Sejak kawan-kawan aku berkahwin, aku dah makin jarang ke sana. Malah 2 tahun kebelakangan ni aku langsung tidak jejakkan kaki ke Kedah. Bukan sahaja Kedah, malah Langkawi dan Penang sudah tidak ada di dalam agenda aku lagi.

Tidak keterlaluan aku katakan yang aku rindukan saat dahulu.

cuci mata di blog

Kebelakangan ni aku suka jalan sana sini. Opss bukan maksud aku berjalan ke shopping complex atau taman rekreasi ke apa. Tapi jalan-jalan di dunia maya. Belek-belek blog orang. Tengok-tengok gambar di blog. Baca celoteh yang best dan tak best di blog. Dan segala macam yang berkaitan dengan blog.

Bukanlah sebab aku banyak masa sangat. Cuma kebelakangan ni mood bekerja aku agak turun sedikit. Bermacam benda yang jadi. Dan yang susahnya bila bekerja dengan orang-orang yang kurang profesional. Sangat-sangat menurunkan mood untuk bekerja. Sebabnya aku dah biasa bekerja dengan orang yang bersikap profesional walaupun agak tertekan. Tapi sangat bagus dalam menimba ilmu/pengetahuan/pengalaman.

Berbalik pada cerita jalan-jalan diblog, aku jatuh cinta pada satu blog ni. *ingat jatuh cinta dengan orang je ke? Blog pun boleh gaks* Aku pun baru je jumpa blog minah ni. Gaya bahasa yang bagus dan pelbagai gambar yang ada sangat menarik minat aku. Malah yang lebih menarik aku ialah dia tidak sombong/bongkak. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya walaupun dia memakai pelbagai branded bags, bershopping sana sini, bercuti sana sini (malah kalau naik flight, business class tu) tapi dia tetap biasa. Aku suka orang yang macam ni.

Ada antara blogger tu baru je kaya atau TERkaya sikit dah berlagak lebih. Ayat-ayat dalam blog macam dia je yang bagus dan orang lain tak bagus. Dulu aku suka baca blog dia. Malah sebelum dia glamer pernah masuk blog aku yang lama dulu. Tapi sekarang ni, makin lama aku rasa ayat-ayat dia dah ada unsur-unsur bongkak. Baca pun dah tak jadi menarik. Bukankah elok kalau jadi rendah diri macam dulu-dulu. Manusia ni ada jatuh bangunnya. Kalau satu hari engkau terduduk, takkan engkau nak berhenti blog secara tiba-tiba bukan?

Tapi masalah satu kalau aku merayap diblog sana sini, bila tengok kasut-kasut/beg/baju, mulalah aku rasa nak membeli-belah gaks. Sedangkan dah janji dengan diri sendiri nak guna-pakai semua yang ada. Kalau tidak jadi macam hari tu masa aku membuat pembersihan bilik wardrobe aku. Beberapa beg dan kasut kena buang begitu sahaja. Sedangkan ada antara tu belum dipakai ataupun kalau sudah dipakai baru sekali dua sahaja. Bukankah membazir namanya. iskh!