Maaf oh Maaf

Pernah tak rasa macam nak minta maaf tapi tak boleh nak minta maaf. *apa pesen ayat belit sana-sini* Dalam hati rasa berkobar-kobar nak minta maaf tapi bila dah berdepan atau nak menaip whatsapp/bbm/wechat kat orang tersebut, terus kata maaf itu hilang. Pooff macam tak pernah wujud langsung dalam fikiran.

Macam tu lah aku rasa sekarang ni. Aku rasa nak minta maaf kat 2-3 orang tapi aku tak tahu macamana sepatutnya. Bukan sebab ada buat salah tapi sebab aku rasa bersalah diamkan diri/hilang macam tu je. Sedangkan sebelum ni aku dah pernah minta maaf. Sampaikan ada kawan aku kata aku dah nak mati ke yang sibuk minta maaf walaupun bukan hari raya. *ampes punya kawan doakan aku mati.* Tapi mati cepat bagus gaks. Taklah bertambah dosa lagi.

Konflik sungguh rasanya. Sedangkan bukannya besar sangat benda nak dibuat tu. Ke sebenarnya besar? Tapi kalau difikirkan secara mendalam *chheeewaahhhh!* maaf ni bukan perkara yang kecil. Ini kiranya secara am. Bukan khusus pada aku. Kenapa bukan perkara kecil? Sebabnya kalau kita betul ikhlas nak minta maaf, kita kena usaha bersungguh-sungguh. Bukan sekadar cakap “saya minta maaf” tanpa sepenuh perasaan. Beza orang yang bersungguh-sungguh minta maaf dengan orang yang sekadar melafazkan ni.

Kalau yang jenis minta maaf tetiap hari pun atau seminggu tu sampai 2-3 kali minta maaf, sukar nak pastikan sejauh mana keikhlasannya tu. Yelah kalau perkataan maaf tu macam dia cakap hai/bye, macamana nak tahu dia betul-betul maksudkan maaf tu. Ye? Tidak?

Kahwin oh Kahwin

Sejak dari awal tahun lagi banyak jemputan kahwin. Sekarang ni orang dah tak tunggu cuti sekolah nak buat majlis kahwin. Hujung minggu pun boleh. *aku le yang asyik pening nak fikir pakai baju apa. poyo!*

Bila sebut pasal kahwin ni teringat seorang pakcik yang baru sahaja kematian isterinya. Belum apa-apa lagi dah sibuk nak kahwin. Malah masa isterinya di hospital pun dia dah bagi hint nak kahwin lain. Masa orang tengah sibuk uruskan jenazah isterinya pun dia sibuk pasal nak kahwin lain. Ttsskkk tsskkkk..

Dan sekarang ni makin menjadi-jadi niat nak kahwinnya tu. Calon pun dah ada. Cuma calon pilihannya tu, anak-anak tak setuju. Calon tu masih lagi bergelar isteri pada seseorang. Walaunpun adik beradik dan anak-anak cadangkan calon yang lain, dia tetap dengan calonnya sendiri. Dah kena bomoh apa ke?

Bagi aku tak salah dia nak berumahtangga lagi sekali tapi biarlah calon yang sesuai. Berdosa bercinta dengan isteri orang. Umur pun bukannya muda lagi. Patutnya lebih tahu hukum hakam dari orang yang lebih muda dari dia. Tapi yelah siapa aku nak bagi nasihat kat dia. Sedangkan kata anak-anak dia sendiri pun dia tak dengar, inikan pula kata-kata aku. Kang tak pasal-pasal aku dapat penampar jepun. *kesian pipi gebu aku*