Kenduri oh Kenduri

image

Semalam berkesempatan ke majlis persandingan anak jiran makcik aku. Memandangkan memang dah kenal dari aku kecik-kecik lagi maka aunty S menjemput aku sekeluarga.

Majlis berlangsung di dewan Merak Kayangan, Jalan Semarak. Elok je kitaorang sampai, pengantin berarak masuk. Kitaorang memang sampai lambat sikit sebab sebelum tu singgah tempat lain dulu.

Makanan pelbagai jenis. Air sejuk dan panas. Pelamin cantik. Kira keseluruhannya okay. Tapi aku lupa nak ambil gambar pengantin. Aku sibuk amik gambar diri sendiri je. *syok sendiri*

image

Gambar di atas, cenderati yang tetamu dapat sebelum balik.

Maaf oh Maaf

Pernah tak rasa macam nak minta maaf tapi tak boleh nak minta maaf. *apa pesen ayat belit sana-sini* Dalam hati rasa berkobar-kobar nak minta maaf tapi bila dah berdepan atau nak menaip whatsapp/bbm/wechat kat orang tersebut, terus kata maaf itu hilang. Pooff macam tak pernah wujud langsung dalam fikiran.

Macam tu lah aku rasa sekarang ni. Aku rasa nak minta maaf kat 2-3 orang tapi aku tak tahu macamana sepatutnya. Bukan sebab ada buat salah tapi sebab aku rasa bersalah diamkan diri/hilang macam tu je. Sedangkan sebelum ni aku dah pernah minta maaf. Sampaikan ada kawan aku kata aku dah nak mati ke yang sibuk minta maaf walaupun bukan hari raya. *ampes punya kawan doakan aku mati.* Tapi mati cepat bagus gaks. Taklah bertambah dosa lagi.

Konflik sungguh rasanya. Sedangkan bukannya besar sangat benda nak dibuat tu. Ke sebenarnya besar? Tapi kalau difikirkan secara mendalam *chheeewaahhhh!* maaf ni bukan perkara yang kecil. Ini kiranya secara am. Bukan khusus pada aku. Kenapa bukan perkara kecil? Sebabnya kalau kita betul ikhlas nak minta maaf, kita kena usaha bersungguh-sungguh. Bukan sekadar cakap “saya minta maaf” tanpa sepenuh perasaan. Beza orang yang bersungguh-sungguh minta maaf dengan orang yang sekadar melafazkan ni.

Kalau yang jenis minta maaf tetiap hari pun atau seminggu tu sampai 2-3 kali minta maaf, sukar nak pastikan sejauh mana keikhlasannya tu. Yelah kalau perkataan maaf tu macam dia cakap hai/bye, macamana nak tahu dia betul-betul maksudkan maaf tu. Ye? Tidak?

Memori oh Memori

image

Walau macamana kita nak lupakan seseorang atau sesuatu tapi pasti ada waktu kita akan teringat juga. Tanpa dipaksa. Dan lebih parah bila kita cuba lupakan, makin jelas semua itu macam tengok drama.

Kalau kenangan manis dan masih lagi manis, tak apa juga. Tapi kalau kenangan pahit? Atau kenangan manis yang sudah bertukar menjadi pahit, tentu amat menyakitkan.

Dan itu yang aku rasa sekarang ini. Seseorang yang aku cuba lupakan dan buang terus dari hidup aku, tiba-tiba muncul kembali. Bukanlah muncul depan aku tapi didunia maya. Dan aku mula mempertimbangkan kembali keputusan yang aku pernah buat. Oh susahnya. *hantuk kepala kat dinding*

Blog oh Blog

Entah kenapa hari ni rajin sikit nak jejalan melawat blog. Lama dah tinggalkan aktiviti ni. Kalau dulu aku antara orang yang setiap hari menyibuk diblog orang lain. *penyibuk sungguh. hehehehe*

Tapi entah kenapa aku jadi malas. Malas nak update blog sendiri, malas nak jejalan kat blog lain. Pendek cerita memang malas la. *dasar banyak sangat vitamin M*

Rupanya blog2 yang selalu aku lawat dulu ada yang masih aktif. Ada juga yang dah diprivatekan. *buat muka sedih*.

Mungkin lepas ni aku boleh kembali rajin mengupdate dan melawat blog2 macam dedulu. Yeah just wait and see.

Kahwin oh Kahwin

Sejak dari awal tahun lagi banyak jemputan kahwin. Sekarang ni orang dah tak tunggu cuti sekolah nak buat majlis kahwin. Hujung minggu pun boleh. *aku le yang asyik pening nak fikir pakai baju apa. poyo!*

Bila sebut pasal kahwin ni teringat seorang pakcik yang baru sahaja kematian isterinya. Belum apa-apa lagi dah sibuk nak kahwin. Malah masa isterinya di hospital pun dia dah bagi hint nak kahwin lain. Masa orang tengah sibuk uruskan jenazah isterinya pun dia sibuk pasal nak kahwin lain. Ttsskkk tsskkkk..

Dan sekarang ni makin menjadi-jadi niat nak kahwinnya tu. Calon pun dah ada. Cuma calon pilihannya tu, anak-anak tak setuju. Calon tu masih lagi bergelar isteri pada seseorang. Walaunpun adik beradik dan anak-anak cadangkan calon yang lain, dia tetap dengan calonnya sendiri. Dah kena bomoh apa ke?

Bagi aku tak salah dia nak berumahtangga lagi sekali tapi biarlah calon yang sesuai. Berdosa bercinta dengan isteri orang. Umur pun bukannya muda lagi. Patutnya lebih tahu hukum hakam dari orang yang lebih muda dari dia. Tapi yelah siapa aku nak bagi nasihat kat dia. Sedangkan kata anak-anak dia sendiri pun dia tak dengar, inikan pula kata-kata aku. Kang tak pasal-pasal aku dapat penampar jepun. *kesian pipi gebu aku*

2014

Pejam celik dah masuk tahun baru. Sekejap je masa bergerak sekarang ni. Dan antara sedar dan tidak, aku dah lama tak buka/coret diblog sendiri. Semakin canggih gadget yang ada; Semakin malas jadinya. Bukan salah orang lain tapi salah diri sendiri. *tepuk dahi 2-3 kali*

Ini pun entah bila pulak aku nak coret di sini.. Niat memang sentiasa ada tapi selalu terkandas.

Niat hanya tinggal niat.

.

Setelah sekian Lama

Punyalah lama blog aku ni tak berupdate. Bila rasa nak update, malas nak on lappy la, nak tidur la dan segala macam alasan lagi la.

Sebenarnya rindu nak merepek di sini. Macam aku selalu cakap, tak kisah pun kalau tak ada orang yang nak baca. Sekurangnya menjadi bahan bacaan aku diwaktu lapang 🙂

Harap2 lepas ni aku jadi rajin untuk kembali di sini. Insya’ALLAH